Sukan catur adalah merupakan salah satu acara sukan yang semakin popular kalangan masyarakat
Malaysia termasuk warga kampus Universiti Malaya. Sejak sukan ini diperkenalkan di kejohanan di peringkat universiti baru-baru
ini, sukan ini mula diberi perhatian diperingkat universiti tempatan termasuk Universiti Malaya. Walaupun sukan ini telah
mula dipertandingkan di peringkat sekolah dan kebangsaan sejak awal tahun 90-an lagi, tetapi diperingkat universiti sukan
ini masih dianggap baru dan tidak popular untuk dimajukan.
Langkah awal Universiti Malaya melantik penyelaras catur di peringkat universiti bagi mengendalikan sukan ini dikalangan pelajar
dan staf adalah merupakan satu langkah positif kearah memajukan sukan ini.
Melihat perkembang positif dikalangan staf dan pelajar yang meminati sukan ini, satu badan / persatuan
perlu ditubuh agar dapat membantu Universiti Malaya, khususnya Pusat Sukan UM memenuhi pemintaan pemain catur agar memajukan
sukan di Universiti Malaya bagi memastikan perkembangannya seiring dengan perkembangan sukan di sekitar Lembah Klang kuhsusnya
dan Malaysia amnya.